Novel ni consists of tiga watak yang menghidupkan cerita ni, Fend, Chad and K Square. At first, naluri nak berubah tu bermula bila Fend tengok short movie named 'Eleventh Hour'. Since then, dia tanya soalan yg sgt random dekat K Square and Chad. They were like 'What's wrong with you, Fend?' So, sebulan before bulan Syawal, Fend is dragged by Chad to Australia, backpacking for their Ramadhan, and they stayed at Masjid Punchbowl. Dekat situ macam macam diorang belajar and dekat situ jugak diorang tahu yang Ramadhan bukan di isi dengan bazaar makanan and beli baju raya macam tipikal Malaysian selalu buat. Diorang berebut nak habiskan khatam dalam sebulan tu so in the end, Fend and Chad really changed to a new person. Sebulan diorang stay di Masjid Punchbowl, diorang balik Malaysia untuk sambut Syawal, everything was fine, diorang sama sama balik kampung, siapkan barang barang untuk sambut raya. And then, hari raya pertama, selepas zohor was the last time Fend jumpa Chad sebab Chad accident di langgar lori kuari pd hari raya di depan rumah tok. It was a big shock for Fend. But in the other way, Fend lega sebab Chad pergi dalam keadaan dia sempat berubah, kiranya Chad tak pergi in the 12th hour without a chance to change his way of life.
Let's move on to the second part of the novel yang akan bercerita pasal K Square. Selepas pemergian Chad, Fend really changed dan dah tak macam sebelum ni. Somehow K Square risau tapi dia tak tahu nak buat apa sebab dia tahu yang Fend mmg rapat sgt dgn Chad. Fend cuba untuk tarik K Square mcm mana Chad tarik dia sebelum ni tapi tak berjaya, even dia dah bwk K Square pergi ke Masjid Punchbowl mcm yang Chad buat tapi kesannya tak sama pada K Square. So, K Square pergi ke Indonesia for a trip and somehow he makes friend there named Indra. Indra ni selalu jugak ingatkan K Square kalau dah masuk waktu solat sbb diorang selalu gerak sekali and Indra jd tour guide tak berbayar for K Square , sampailah satu tahap K Square tanya dia , 'kenapa kau tak solat sekali?'. You know what he reply? 'Aku kristian, K Square'. Jawapan tu cukup buat K Square terpempan diam. Sungguh dia tak sangka yang orang selama ni pesan dia untuk solat bila sampai waktu rupanya a Christian. So mula dari situ naluri dia nak berubah muncul macam yang jadi pada Fend.
Bagi aku cerita dia mempunyai maksud yang sangat mendalam kalau pembaca boleh mentafsir apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Cerita dia menusuk kalbu bagi yang memahami. Lagi satu yang aku suka sebab novel from Hlovate takde nak cheesy sangat cerita pasal cinta. Cerita cerita from Hlovate bagi aku sangat membina minda so tak rugi korang baca. Memang highly recommended. Try la, tak rugi baca buku ni. Trust me.
I think that's all from me today, lain kali I would review another novel from Hlovate okay. Segala comment and kritikan membina sangat di alu alukan. Till we meet again. Assalamualaikum


No comments:
Post a Comment