Saturday, 9 January 2016

Early Age Marriage

Assalamualaikum semua. Hari ni, aku nak post pasal tajuk yang paling teenagers suka iaitu kahwin. Well, aku pun remaja, aku pun perempuan , tipulah kalau aku tak pernah pikir pasal benda ni kan? Kalau tak pernah fikir langsung, rasanya tak keterlaluan kalau aku kata korang tak normal. HEHE. Okay gurau gais, jangan ambik hati kayy. Apa yang aku nak bebelkan pasal kahwin ni actually? Aku sebenarnya terlintas nak post psl benda ni bila aku tengok sepupu sepapat, kawan kawan sekolah mula mengorak langkah baru ke arah tu yang aku tak pernah terbayang. Pernah korang rasa tak bila tengok kawan kawan sebaya kau dh kahwin tunang risik, kau rasa macam 'Aku dah cukup besar rupanya sampai kawan kawan aku ramai dah yg ke arah tu'.

Masa tu la semua benda dicabar dari semua segi. Kenapa? Sebab masa tu la kau akan disajikan dgn cerita cheesy dr kawan kawan kau psl rumahtangga atau hubungan diorang dekat kau. Kalau bukan diorang pun, makcik makcik sebelah menyebelah dah sibuk tanya 'anak daranya tu bila lagi?' Terus terang aku kata aku tak suka orang tanya aku soalan tu. HAHA. Even bila nenek aku cakap psl benda ni, I would say 'Ain taknak kahwin sebab Ain taknak kongsi duit Ain dgn orang lain. Duit Ain is duit Ain.' Hmm. Melampau la kalau aku kata aku serius mcm tu. Aku tak mcm tu. Aku boleh pikir logik lagi. HAHA. Banyak pros and cons bila kau nak kahwin masa muda. Terutamanya bhgian FINANCIAL. Sebab kalau financial kau tak cukup kukuh, masa tu la marriage kau akan goyah . Kenapa? Sebab kau takkan kenyang makan cinta. Kau takkan bahagia hanya dgn cinta. So, kalau ada financial yang okay, bolehlah teruskan . Inshaa Allah akan bahagia. Sebab Allah dah cakap dlm Al Quran yang dia akan bagi kecukupan buat pasangan yang baru bernikah.

Tapi kalau kau masih belajar dan family kau bukan dr latar belakang orang berada, aku nasihatkan korang fikir betul betul. Your mum and dad sent you to university sbb berhrp korang akan bantu baiki ekonomi hidup diorang. Lain la kalau kau datang dr family kaya. Itu lain cerita kalau family diorang yang memang support perbelanjaan kahwin. Fikir balik perasaan mak ayah kau yang berharap korang untuk hantar belanja tiap tiap bulan lepas kau dpt kerja tp harapan tak kesampaian sebab suami korang tak bg hntr duit . Lagi parah kalau suami langsung tak bagi kerja. You know what I mean right? That's why pikir beratus ratus kali, waima beribu kali sekalipun. Sampai kau dpt rationalize kau punya decision.



Gambar : Google
Rasanya dah panjang aku bebel ni. Haha. Apapun, semuanya bergantung pd korang jugak ya. Aku cuma melontarkan pendapat je. Kalau korang dh pun decide nak kahwin dan family has no objection, teruskan je okay. In shaa Allah, that marriage akan bahagia kalau ada restu kedua dua belah family. Fight for your right. Bye bye, Assalamualaikum dan segala komen dan kritikan membina sangat dialukan disini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment