Thursday, 16 June 2016

Minggu Orientasi UKM

Assalamualaikum gais. I am back after a few months, maybe? HAHA. Okaylah entri kali ni Ain nak cerita pasal minggu orientasi dekat UKM memandangkan tak lama je lagi ni akan masuk pelajar baru. Dan sementara masa masih boleh main buang buang ni (pdhal minggu depan ada killer paper menunggu, tgh menghadap nota tapi menyempatkan diri nak tulis entri), minggu orientasi dekat UKM ni inshaa Allah best. Ain suka je tapi penat dia kalau boleh lepas habis orientasi tu, nak tidur sampai seminggu (okay over.) At first korang akan daftar lah pagi tu, pendaftaran ikut negeri, kalau dekat dekat Selangor, KL, dan yang sewaktu dengannya akan daftar after zohor utk bagi peluang utk yg duduk jauh daftar dulu. Utk elak kesesakan pun ya jugak sebab UKM bukan besar mana tempat parking dia.

Haa lepas je daftar dekat kolej kediaman memasing, kemas barang dalam bilik, hee (gelak jahat) bermulalah mimpi ngeri korang yang korang rasa mcm teruk sangat tu, pdhal okay je. Taktau lah kalau kolej Ibu Zain je sbb MEP and PC kami baik baik, suka lepaskan kami awal utk masuk tidur. Pengisian dia macam biasalah, ada talk, ada aktiviti, paling tak tahan, pergi dectar, pergi fakulti semua jalan kaki. Kolej Ibu Zain duduknya atas bukit so bayangkan jelah azabnya dengan mengantuk kene naik tangga yang hrmm, sapa pernah naik Ibu Zain je tau apa rasanya. But, bagus jugak sebenarnya, kita akan tahu jalan dalam UKM, so takde lah sesat masa nak pergi kelas ke hape karang. Tapi satu benda je Ain rasa sronok duduk Ibu Zain, bila sampai bilik, pemandangan luar tingkap tu hijau je. Keliling kolej kami ni hutan so memang tenanglah kan. Cumanya monyet tu benda biasa kat sini. So kalau dapat kolej Ibu Zain, korang kene biasakan diri dengan monyet. HAHA. Ain dah lalui dah. Sekarang dah tak hairan dah.

Masa orientasi ni la korang kene pandai bwk diri, masa ni jugaklah nak kenal kawan. PC and MEP akan terangkan byk benda time ni. Sign up utk i folio and smp web tu mmg wajib buat. Tak daftar benda ni, mmg masalah besar lah nanti. Kalau ada masalah nak mendaftar, jangan nak ego berlagak tak nak tanya dgn MEP and PC. Nanti korang yang susah tak tentu pasal. Lagi satu nak pesan, bawak tudung putih tu biar lebih sebab korang tak dibenarkan pakai shawl dan yg sewaktu dengannya. Cuma tudung bawal putih shj dibenarkan. Dress code utk masuk DECTAR masa minggu orientasi is baju kurung BIRU, tudung bawal PUTIH, shawl MERAH (akan disediakan oleh pihak UKM), kasut bertutup warna HITAM. Shawl tu ada cara ikatan dia, akan diajar oleh MEP dan PC kolej masing masing nanti.

Majlis Angkat Sumpah Pelajar UKM

Ni lah DECTAR

Tentatif harian Minggu Orientasi


Part paling best is Perang Dectar. Korang akan lawan cheers sesama kolej dalam UKM. Kolej mana yang bertahan paling lama , korang lah champion. Yang ni Ain tak dpt nak join sebab dia hrmm biarlah Ain simpan sorang. HAHA. Daya ketahanan dia mungkin korang perlu bertahan sampai 4 ke 5 pagi untuk menang perang yg satu ni. Ni merupakan tradisi kami pelajar UKM. So, yg mana nak masuk UKM, prepare yourself tau. Pada yang akan masuk Kolej Ibu Zain, tahniah diucapkan. Boleh lah jumpa Ain bebila kat sana. HAHA.

Rasanya sampai sini je nak bebel harini, nanti update lagi cara hidup student dekat UKM eh, entah zaman bila lagi nak tulis entri ni. HAHA. Harap bawak bersabar tunggu entri seterusnya. Apa apa pertanyaan boleh direct tulis dekat bahagian komen ya rakyat jelata sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, salam Ramadhan 12, 1437 H.




Tuesday, 1 March 2016

Pengalaman Bersama Contact Lenses.

Assalamualaikum kepada blog readers sekalian... Hari ni Ain nak cerita pasal contact lenses. Contact lenses ni merupakan salah satu tools perubatan zaman sekarang yang orang yg rabun selalu guna. So let's check it out baybayhhh...

Ain pun actually baru nak berjinak jinak dengan contact lenses ni. Buat masa ni, Ain guna contact lenses yang Ain beli dari optometrist yang Ain selalu consult. Dan Ain tak guna pun yang berwarna-warni. I'll just stick with the non color contact lenses sebab Ain rasa lagi selesa. HAHA, so no one akan tanya, 'Eh , you pakai contact lenses ke?' Some people say that Ain gedik nak pakai contact lenses bagai, but suka hati I la nak pakai spek ke contact lens ke, tak pakai apa apa ke? One of the thing is, Ain rasa kurang yakin bila pakai spek untuk berdepan dengan orang so Ain decide untuk beli contact lenses. Ain guna silicone hydrogel lenses so penetration of oxygen untuk masuk dalam mata lagi elok berbanding dengan contact lenses biasa. Kesan dia mata akan rasa lagi selesa bila pakai jenis lenses macam ni. Harga dia pun sedap jugaklah. HAHA. Kalau satu kotak tu, ada 6 lenses for silicone hydrogel RM100.00, kalau power mata sebelah lain, lagi sebelah lain, kena beli dua kotak lah. Tahan enam bulan. If jenis yang contact lenses biasa, satu kotak tu dalam RM50~RM60 depends on kedai optometry yang korang pergi. Dan kalau korang nak lagi thrill, beli yang berwarna, harga dia pun boleh buat mata berpinar.

Haa, ni la bendanya... Silicone hydrogel lenses.

 
Ain guna jenama Pure Vision.



TAPI TAPI TAPI *crying hard

Ain takut nak pakai... Hari hari Ain basuh guna solution dia tu tapi Ain tak pakai pun. Takut punya pasal. First day class, Ain masukkan dalam mata pastu Ain keluarkan balik. Ada la dalam empat ke lima kali Ain keluar masuk lens tu dalam mata, pastu Ain letak balik dalam bekas then tutup. Eheh, kita pakai spek jelah eh hariniii. Sengal kan? I keep looking at the lenses actually, some kind of feeling yang rasa rugi kalau tak pakai, dah la mahal Ain  Ayah belikan untuk Ain. Then tak nak pakai. What should I do? *crying real hard

Anyone tolong bagi dorongan untuk Ain pakai benda ni. *wipe tears

Okaylah, cukuplah untuk harini, lain kali Ain update lagi pasal benda ni bila Ain dah berani pakai eh. HAHA. Doakan keberanian Ain datang. Kah! Assalamualaikum guys. Good night. (Ikut masa Ain tulis post ni.)

Saturday, 16 January 2016

REVIEW: Hlovate : Contengan Jalanan

Assalamualaikum gais. I am back. HAHA. Rajin pulak aku mengupdate blog aku ni, kira kerap jugak la kan? Hiks. Okay, sekarang aku nak buat review untuk novel contengan jalanan hasil karya Hlovate . Novel ni kalau nak ikutkan dah lama jugak aku baca , dari zaman sekolah if im not mistaken dalam Tingkatan 5, tapi baru nak buat review dan baru around last year aku beli sbb before this pinjam kawan je. Buku ni ada satu quote dia yang bagi aku sangat menembak hati yang tengah mencari jalan keluar . Person that decided to change on the 12th hour, dies on the 11th. Bagi aku quote ni mmg cukup strong to shake my heart bila aku baca buku ni. Kenapa aku ckp mcm tu? Sebab kau tak rasa ke hidup kau rugi kalau kau kata nak berubah on 12th tapi tak sempat sbb kau hilang on 11th? The point is, kalau nak berubah ke arah kebaikan , jangan tunggu tunggu. Novel ni mcm a reflection of my self as a student.





Novel ni consists of tiga watak yang menghidupkan cerita ni, Fend, Chad and K Square. At first, naluri nak berubah tu bermula bila Fend tengok short movie named 'Eleventh Hour'. Since then, dia tanya soalan yg sgt random dekat K Square and Chad. They were like 'What's wrong with you, Fend?' So, sebulan before bulan Syawal, Fend is dragged by Chad to Australia, backpacking for their Ramadhan, and they stayed at Masjid Punchbowl. Dekat situ macam macam diorang belajar and dekat situ jugak diorang tahu yang Ramadhan bukan di isi dengan bazaar makanan and beli baju raya macam tipikal Malaysian selalu buat. Diorang berebut nak habiskan khatam dalam sebulan tu so in the end, Fend and Chad really changed to a new person. Sebulan diorang stay di Masjid Punchbowl, diorang balik Malaysia untuk sambut Syawal, everything was fine, diorang sama sama balik kampung, siapkan barang barang untuk sambut raya. And then, hari raya pertama, selepas zohor was the last time Fend jumpa Chad sebab Chad accident di langgar lori kuari pd hari raya di depan rumah tok. It was a big shock for Fend. But in the other way, Fend lega sebab Chad pergi dalam keadaan dia sempat berubah, kiranya Chad tak pergi in the 12th hour without a chance to change his way of life.

Let's move on to the second part of the novel yang akan bercerita pasal K Square. Selepas pemergian Chad, Fend really changed dan dah tak macam sebelum ni. Somehow K Square risau tapi dia tak tahu nak buat apa sebab dia tahu yang Fend mmg rapat sgt dgn Chad. Fend cuba untuk tarik K Square mcm mana Chad tarik dia sebelum ni tapi tak berjaya, even dia dah bwk K Square pergi ke Masjid Punchbowl mcm yang Chad buat tapi kesannya tak sama pada K Square. So, K Square pergi ke Indonesia for a trip and somehow he makes friend there named Indra. Indra ni selalu jugak ingatkan K Square kalau dah masuk waktu solat sbb diorang selalu gerak sekali and Indra jd tour guide tak berbayar for K Square , sampailah satu tahap K Square tanya dia , 'kenapa kau tak solat sekali?'. You know what he reply? 'Aku kristian, K Square'. Jawapan tu cukup buat K Square terpempan diam. Sungguh dia tak sangka yang orang selama ni pesan dia untuk solat bila sampai waktu rupanya a Christian. So mula dari situ naluri dia nak berubah muncul macam yang jadi pada Fend.

Bagi aku cerita dia mempunyai maksud yang sangat mendalam kalau pembaca boleh mentafsir apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Cerita dia menusuk kalbu bagi yang memahami. Lagi satu yang aku suka sebab novel from Hlovate takde nak cheesy sangat cerita pasal cinta. Cerita cerita from Hlovate bagi aku sangat membina minda so tak rugi korang baca. Memang highly recommended.  Try la, tak rugi baca buku ni. Trust me.

I think that's all from me today, lain kali I would review another novel from Hlovate okay. Segala comment and kritikan membina sangat di alu alukan. Till we meet again. Assalamualaikum

Monday, 11 January 2016

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Selangor 2015

Good night gais. Tengah malam mcm ni, Ain belum ada mood nak tidur lagi. So, untuk bebelan harini, Ain nak cerita psl Pinjaman Pendidikan Kerajaan Selangor. Lgpn Ain memang depends on pinjaman ni sepanjang belajar kat UKM sekarang ni.  Well, Ain tahu psl pinjaman ni dari ayah sedara Ain yg kerja dkt situ jugak, and both of my parents really opposed me bila Ain kata nak mohon PTPTN. Katanya try cari biasiswa lain. Bukan Ain taknak cari, keputusan matrik Ain tak cukup baik masa tu, so mohon biasiswa pun tak guna rasanya , confirm tak dpt. Buntu jugak masa tu, then bila dpt tahu je pasal pinjaman pendidikan ni, laju Ain mohon. Kwn Ain pun ada mohon tp tak dpt, dia tgk rezeki jugak. So , dua tiga minggu lepas hntr borang, Ain dipanggil untuk temuduga pinjaman di Dewan Jubli Perak SUK Shah Alam. Seronok mmg seronok , tp masa tu sgt terkejar kejar, sbb hari yg sama Ain interview dkt SUK, Ain kena mengundi untuk pilihan raya UKM yg tgh hangat masa tu. Nasib baik sempat mengundi jugak haritu, kalau tak free je kena demerit. HAHA. So, soalan yg ditanya masa interview mostly about Selangor. 'Siapa MB sekarang?' 'Selangor ada berapa byk daerah?' 'Awak duduk dekat DUN mana?' . Kalau tak revise dulu, berpeluh jugak nak jawab soalan dia.

Lepas tu dia akan tengok kita ambik kos apa dekat Universiti. Macam Ain, Ain majoring in Biology, so soalan dia pun berkaitan tu jugak. Apa yg Ain boleh sumbang untuk Selangor dgn pengetahuan yg Ain ada dlm bidang Biology. Lagi satu, pinjaman ni takde interest mcm PTPTN, so takde terbeban sgt nak bayar nanti. Kalau kau habis belajar dengan First Class Degree (>3.75), takyah bayar terus, dia jadi biasiswa. Kalau CGPA akhir 3.5-3.75, bayar 75% dari jumlah pinjaman. So, memang berbaloi rasanya kalau mohon. Setahun kadar pinjaman dia is RM6500. So satu sem ada dalam RM 3250. Memanglah tak banyak mcm biasiswa lain, tp okay la kan dr PTPTN. Tapi kalau korang mohon biasiswa lain,mcm JPA ke, MyBrainSc ke, boleh je. Cumanya kena batalkan pinjaman and bayar balik banyak mana yang kerajaan Selangor dah bagi. Jangan korang bantai dua dua pulak. Masak korang kalau Kerajaan Selangor dpt tahu. So jangan saja saja buat hal macam ni okay?

Hidup nak kata mewah dengan duit tu, erm tak jugak. Cukup cukup makan je, tp Alhamdulillah masih okay lagi. Eventhough ada je mulut jahat kata bdk UKM ni makan suap je tak nak kerja part time, well kitorang je yg tahu mcm mana hidup dekat sini, so please watch your words. Eh, tetiba je melalut pergi tempat lain. HAHA. So, kalau korang anak kelahiran Selangor, keputusan STPM, Matrik korang >2.5 bolehlah mohon. Inshaa Allah kalau ada rezeki dapat. Trust me. Masa mohon tu, kalau boleh jgn mohon sekali harung. What I mean is, you mohon pinjaman pendidikan and PTPTN sekali jalan sbb nak tgk yg mana dapat dulu, kalau boleh elakkan keadaan ni, takut dia clash and salah satu pihak dpt tahu. Tapi, ikut lah yg mana korang sesuai ye. Masa aku buat permohonan ni, mmg aku tak mohon PTPTN, tapi aku beli je PIN PTPTN. Incase aku tak dpt pinjaman pendidikan ni, aku mohon PTPTN sesi kedua. Tapi Alhamdulillah aku dpt pinjaman pendidikan ni. Aku melompat lompat atas katil bila tahu keputusan pinjaman ni. HAHA. I go a little too overboard masa tu. Sorry my roommate, sbb dia tengok aku jadi gila masa dpt result pinjaman.

Apapun, kalau korang nak mohon bolehlah cek dekat laman web dia. Dekat situ ada je dia bgtau syarat permohonan semua. Dan kalau ada apa apa soalan psl pinjaman ni, bolehlah tanya aku dekat bhgian comment. Kalau aku tahu, aku jawablah. HAHA. That's all from me today. Apa apa comment dan kritikan membina sangat dialu alukan. Assalamualaikum semua dan selamat malam (ikut waktu aku tulis blog ni).

Saturday, 9 January 2016

Early Age Marriage

Assalamualaikum semua. Hari ni, aku nak post pasal tajuk yang paling teenagers suka iaitu kahwin. Well, aku pun remaja, aku pun perempuan , tipulah kalau aku tak pernah pikir pasal benda ni kan? Kalau tak pernah fikir langsung, rasanya tak keterlaluan kalau aku kata korang tak normal. HEHE. Okay gurau gais, jangan ambik hati kayy. Apa yang aku nak bebelkan pasal kahwin ni actually? Aku sebenarnya terlintas nak post psl benda ni bila aku tengok sepupu sepapat, kawan kawan sekolah mula mengorak langkah baru ke arah tu yang aku tak pernah terbayang. Pernah korang rasa tak bila tengok kawan kawan sebaya kau dh kahwin tunang risik, kau rasa macam 'Aku dah cukup besar rupanya sampai kawan kawan aku ramai dah yg ke arah tu'.

Masa tu la semua benda dicabar dari semua segi. Kenapa? Sebab masa tu la kau akan disajikan dgn cerita cheesy dr kawan kawan kau psl rumahtangga atau hubungan diorang dekat kau. Kalau bukan diorang pun, makcik makcik sebelah menyebelah dah sibuk tanya 'anak daranya tu bila lagi?' Terus terang aku kata aku tak suka orang tanya aku soalan tu. HAHA. Even bila nenek aku cakap psl benda ni, I would say 'Ain taknak kahwin sebab Ain taknak kongsi duit Ain dgn orang lain. Duit Ain is duit Ain.' Hmm. Melampau la kalau aku kata aku serius mcm tu. Aku tak mcm tu. Aku boleh pikir logik lagi. HAHA. Banyak pros and cons bila kau nak kahwin masa muda. Terutamanya bhgian FINANCIAL. Sebab kalau financial kau tak cukup kukuh, masa tu la marriage kau akan goyah . Kenapa? Sebab kau takkan kenyang makan cinta. Kau takkan bahagia hanya dgn cinta. So, kalau ada financial yang okay, bolehlah teruskan . Inshaa Allah akan bahagia. Sebab Allah dah cakap dlm Al Quran yang dia akan bagi kecukupan buat pasangan yang baru bernikah.

Tapi kalau kau masih belajar dan family kau bukan dr latar belakang orang berada, aku nasihatkan korang fikir betul betul. Your mum and dad sent you to university sbb berhrp korang akan bantu baiki ekonomi hidup diorang. Lain la kalau kau datang dr family kaya. Itu lain cerita kalau family diorang yang memang support perbelanjaan kahwin. Fikir balik perasaan mak ayah kau yang berharap korang untuk hantar belanja tiap tiap bulan lepas kau dpt kerja tp harapan tak kesampaian sebab suami korang tak bg hntr duit . Lagi parah kalau suami langsung tak bagi kerja. You know what I mean right? That's why pikir beratus ratus kali, waima beribu kali sekalipun. Sampai kau dpt rationalize kau punya decision.



Gambar : Google
Rasanya dah panjang aku bebel ni. Haha. Apapun, semuanya bergantung pd korang jugak ya. Aku cuma melontarkan pendapat je. Kalau korang dh pun decide nak kahwin dan family has no objection, teruskan je okay. In shaa Allah, that marriage akan bahagia kalau ada restu kedua dua belah family. Fight for your right. Bye bye, Assalamualaikum dan segala komen dan kritikan membina sangat dialukan disini. Terima kasih.

Saturday, 2 January 2016

Korean Skin Care.

Assalamualaikum gais. I am back for the new year. Hmm, harini nak cerita pasal skin care yang aku guna. Dan aku memang gila dengan barang barang macam ni sekarang. But, But, But, banyak yang fake kat luar, so hopefully yang nak try tu jangan sampai terbeli yang fake, aku dah kena sekali.  Aku baru guna dalam masa singkat so tak banyak la bezanya yang aku boleh nampak. Range harga dia emm okay la untuk student macam aku. Aku bukan kaya mana pun, but my mum sgt strict psl beauty care. Dan tak suka tengok muka aku tak terjaga. Haha. Selalunya aku beli dekat instagram je tapi dari trusted seller yang mana product tu memang originally from Korean. So, the effect memang best. Before this aku dah pernah tertipu, well she said originally from Korean but then I found out from the packaging that its fake though. Sesuai dengan harga dia lah kan? Pheww, then I just change the seller.


Nature Republic 92% Aloe Vera

Nature Republic Soothing Face Mist 92% Aloe Vera

Cathy Doll Whitening Cream

Nature Republic BB Cream with Collagen





Setakat ni takde la kulit aku naik ruam ke apa pakai benda alah semua ni. Okay je malah boleh rasa beza before and after pakai. Tapi tengok jugak kulit si pemakai macam mana, kalau dah rasa irritation kat kulit jangan la teruskan lagi, membazir katanya. Kulit kau rosak lagi membazir derr. Selalu beli dekat insta, kalau rajin boleh lah kalian rakyat jelata pergi ke Berjaya Times Square or IOI Mall, memang ada je kedai Nature Republic kat situ. Tak payah risau dah fake or ori, kat situ dah konfirm 100% , eh tak 200% originally from Nature Republic Korean. Aloe Vera gel dengan Tofu Whitening tu aku pakai selang seli waktu malam or siang dan Aloe Vera gel tu selalu aku jadikan base make up. As for the face mist, lepas siap pakai semua make up, last step to is sembur that face mist, it makes us look dewy though. BB Cream tu tengok occasion kalau nak pakai. Kalau setakat pergi kelas, memang aku tak pakai. Tak berbaloi pun pakai aku rasa.

Okay lah, panjang dah aku membebel ni. Cukuplah eh, kalau korang rasa nak beli jugak skin care ni tapi taknak pergi shopping mall tu or jauh sangat kedai tu, aku cadangkan korang singgah instagram dia ni : @zuriaf_afda  . Bye guys, till we meet again. Any comment sangat dialukan ya sayang sayang sekalian. Assalamualaikum.