Thursday, 16 June 2016

Minggu Orientasi UKM

Assalamualaikum gais. I am back after a few months, maybe? HAHA. Okaylah entri kali ni Ain nak cerita pasal minggu orientasi dekat UKM memandangkan tak lama je lagi ni akan masuk pelajar baru. Dan sementara masa masih boleh main buang buang ni (pdhal minggu depan ada killer paper menunggu, tgh menghadap nota tapi menyempatkan diri nak tulis entri), minggu orientasi dekat UKM ni inshaa Allah best. Ain suka je tapi penat dia kalau boleh lepas habis orientasi tu, nak tidur sampai seminggu (okay over.) At first korang akan daftar lah pagi tu, pendaftaran ikut negeri, kalau dekat dekat Selangor, KL, dan yang sewaktu dengannya akan daftar after zohor utk bagi peluang utk yg duduk jauh daftar dulu. Utk elak kesesakan pun ya jugak sebab UKM bukan besar mana tempat parking dia.

Haa lepas je daftar dekat kolej kediaman memasing, kemas barang dalam bilik, hee (gelak jahat) bermulalah mimpi ngeri korang yang korang rasa mcm teruk sangat tu, pdhal okay je. Taktau lah kalau kolej Ibu Zain je sbb MEP and PC kami baik baik, suka lepaskan kami awal utk masuk tidur. Pengisian dia macam biasalah, ada talk, ada aktiviti, paling tak tahan, pergi dectar, pergi fakulti semua jalan kaki. Kolej Ibu Zain duduknya atas bukit so bayangkan jelah azabnya dengan mengantuk kene naik tangga yang hrmm, sapa pernah naik Ibu Zain je tau apa rasanya. But, bagus jugak sebenarnya, kita akan tahu jalan dalam UKM, so takde lah sesat masa nak pergi kelas ke hape karang. Tapi satu benda je Ain rasa sronok duduk Ibu Zain, bila sampai bilik, pemandangan luar tingkap tu hijau je. Keliling kolej kami ni hutan so memang tenanglah kan. Cumanya monyet tu benda biasa kat sini. So kalau dapat kolej Ibu Zain, korang kene biasakan diri dengan monyet. HAHA. Ain dah lalui dah. Sekarang dah tak hairan dah.

Masa orientasi ni la korang kene pandai bwk diri, masa ni jugaklah nak kenal kawan. PC and MEP akan terangkan byk benda time ni. Sign up utk i folio and smp web tu mmg wajib buat. Tak daftar benda ni, mmg masalah besar lah nanti. Kalau ada masalah nak mendaftar, jangan nak ego berlagak tak nak tanya dgn MEP and PC. Nanti korang yang susah tak tentu pasal. Lagi satu nak pesan, bawak tudung putih tu biar lebih sebab korang tak dibenarkan pakai shawl dan yg sewaktu dengannya. Cuma tudung bawal putih shj dibenarkan. Dress code utk masuk DECTAR masa minggu orientasi is baju kurung BIRU, tudung bawal PUTIH, shawl MERAH (akan disediakan oleh pihak UKM), kasut bertutup warna HITAM. Shawl tu ada cara ikatan dia, akan diajar oleh MEP dan PC kolej masing masing nanti.

Majlis Angkat Sumpah Pelajar UKM

Ni lah DECTAR

Tentatif harian Minggu Orientasi


Part paling best is Perang Dectar. Korang akan lawan cheers sesama kolej dalam UKM. Kolej mana yang bertahan paling lama , korang lah champion. Yang ni Ain tak dpt nak join sebab dia hrmm biarlah Ain simpan sorang. HAHA. Daya ketahanan dia mungkin korang perlu bertahan sampai 4 ke 5 pagi untuk menang perang yg satu ni. Ni merupakan tradisi kami pelajar UKM. So, yg mana nak masuk UKM, prepare yourself tau. Pada yang akan masuk Kolej Ibu Zain, tahniah diucapkan. Boleh lah jumpa Ain bebila kat sana. HAHA.

Rasanya sampai sini je nak bebel harini, nanti update lagi cara hidup student dekat UKM eh, entah zaman bila lagi nak tulis entri ni. HAHA. Harap bawak bersabar tunggu entri seterusnya. Apa apa pertanyaan boleh direct tulis dekat bahagian komen ya rakyat jelata sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, salam Ramadhan 12, 1437 H.